Sunday, April 22, 2012
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DI RANTAU AGRO PARK
PADA HARI JUMAAT LALU , SAYA DITUGASKAN MENYELARAS SATU PROGRAM BERKAITAN DENGAN PENGAWAS. JADI SAYA DENGAN 82 ORANG PENGAWAS BERKEM DI RANTAU AGRO PARK SELAMA 2 HARI SATU MALAM.DI SINI SEMUA PENGAWAS TIDUR DALAM KHEMAH.. SERONOK MENJADI ORANG TUA DI SITU..........
Friday, April 13, 2012
Salah penggunaaan perkataan dalam tatabahasa.
Hari ini saya mengajar tatabahasa untuk kelas ganti Bahasa Melayu 4 Perdana. Saya dapati murid kini banyak yang tidak tahu pelbagai guna perkataan dan perkataan-perkataan yang jarang digunakan masa kini seperti ketam, jerang , dan lain-lain perkataan. Saya harap guru Bahasa Melayu bayak memperkenalkan perkataan yang jarang digunakan itu kepada murid agar murid tidak salah menggunakannya dan tahu makna perkataan tersebut. Terasa lepas rindu mengajar Bahasa Melayu kerana sudah 6 tahun tidak mengajar Bahasa Melayu
Thursday, March 29, 2012
jalan – jalan mencari makan
asam pedas jadi pilihan
budi yang baik jadi ikutan
di sayang guru juga rakan
sarapan pagi minum susu
di hidang bersama roti dan kaya
membuat keputusan jangan terburu
supaya hidup selamat sejahtera.
adik berbisik mahu berahsia
ibu mendengar tanpa jemu
kalau mahu hidup bahagia
penuhkan ilmu di dadamu
asam pedas jadi pilihan
budi yang baik jadi ikutan
di sayang guru juga rakan
sarapan pagi minum susu
di hidang bersama roti dan kaya
membuat keputusan jangan terburu
supaya hidup selamat sejahtera.
adik berbisik mahu berahsia
ibu mendengar tanpa jemu
kalau mahu hidup bahagia
penuhkan ilmu di dadamu
GURINDAM JIWA
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
| warna warni kehidupan Hasil karya : mcrose |
| ada apa pada warna merah biru kuning jingga hijau putih hitam orang buta dan buta warnapun boleh hidup ada apa pada baju kemeja kurung t shirt melayu kebaya kebarung orang bebogel dan tak berbajupun terus berkerja tetapi ada apa pada yang tiada kebenaran keyakinan keadilan kelangsungan ketamadunan |
AKSARA MERDEKA
Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bersejarah ini
yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya
yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.
Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah tercinta ini
yang cerah mata tetapi gelap hati
yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
yang lembut budi tetapi keras lagak
yang merdu suara tetapi sumbang bicara.
Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah pusaka ini
yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi
yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan
yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan.
Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang terlepas kaki tetapi terikat tangan
yang terlepas mata tetapi terikat jiwa
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita.
Setelah sekian lama kita menjulang dan memarbatkan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin
yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa.
Setelah sekian lama menghargai dan menghormati
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah berdaulat ini
yang menanam bunga tetapi menabur duri.

Karya: Wadi Leta S.A
NEGERI INI, ANAK
Negeri ini, anak adalah tanah hijau penuh mahsul
terlalu pemurah dan saksama pada tiap warga yang berjasa
yang rela memberikan keringat serta setia untuk bumi tercintanya.
Usah kau persoalkan tentang derita milik siapa di negeri kaya
dan kesuraman sekejap siapa pula menjadi dalang
kalau tiba-tiba terdengar laungan dari bukit penuh gelap
itu hanyalah lolongan sang pertapa yang lemas ditikam bayang!

Negeri ini, adalah tanah luas sesayup pandangan
yang telah melahirkan ribuan pahlawan.
Rela memilih terbuang dari berputih mata,
kerana baginya, mati itu cuma sekali dan
tidak harus sia-sia.
Mereka tidak rela ini negeri tercinta
jadi kuda tunggangan atau dipekosa warga tidak bernama.
Meski darah dan tulang jadi gantian.

Kerana baginya:
negeri adalah tanah
adalah air,
adalah api,
adalah angin.
Adalah maruah,
adalah permai,
adalah berani,
adalah susila.
Adalah segala-galanya.
negeri adalah tanah
adalah air,
adalah api,
adalah angin.
Adalah maruah,
adalah permai,
adalah berani,
adalah susila.
Adalah segala-galanya.
Dan hari ini, kata keramat itu dilaungkan.
Tanpa mengira kulit atau warna,
tampuk atau asal, percaya atau agama:
Tanpa mengira kulit atau warna,
tampuk atau asal, percaya atau agama:
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Di negeri ini anak,
mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza.
Siapa di sini adalah warganya,
kerana meski putih atau hitam, darahnya tetap merah.
Darahnya tetap merah.
Usah dilebarkan jurang atau mencipta kelam.
Mari kita dirikan harapan dan teguhkan kesetiaan.

Petikan dari Karya : Marsli N.O
17 Jun – Julai 1988
Dari antologi: Di Atas Mimbar Merdeka, terbitan DBP 1989
17 Jun – Julai 1988
Dari antologi: Di Atas Mimbar Merdeka, terbitan DBP 1989
ASAL USUL BAHASA MELAYU
Wednesday, March 28, 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)