Hari ini saya mengajar tatabahasa untuk kelas ganti Bahasa Melayu 4 Perdana. Saya dapati murid kini banyak yang tidak tahu pelbagai guna perkataan dan perkataan-perkataan yang jarang digunakan masa kini seperti ketam, jerang , dan lain-lain perkataan. Saya harap guru Bahasa Melayu bayak memperkenalkan perkataan yang jarang digunakan itu kepada murid agar murid tidak salah menggunakannya dan tahu makna perkataan tersebut. Terasa lepas rindu mengajar Bahasa Melayu kerana sudah 6 tahun tidak mengajar Bahasa Melayu
No comments:
Post a Comment